20090416

16 - 04 - 2009

07.31 am

Mari bincangkan.
Rakan-rakan dan sekelian media berbincang mengenai kapal Umno kebocoran teruk. Para nakhoda dan jurutera BN-Umno mengunakan segala keringat untuk memastikan BN-Umno tidak tenggelam. Selepas Tun Mahathir Mohamad menyalahkan Datuk Seri Abdulah Badawi, mungkin dalam beberapa detik Datuk Seri Najib Razak pula dipersalahkan. Itu lumrah bagi Mahathir, kerjanya menikam pimpinannya sejak dulu lagi.
Di Perlis, Terangganu, Perak dan Selangor pimpinan Umno bergolak lintang-pukang. Segala muslihat digunakan untuk tikam teman seangkatan. Ia lumrah berlaku dalam dalam politik seluruh dunia dan bukan sahaja pada BN-Umno terutama pada parti pemerintah.
Saya ingin teman-teman melihat pekara ini didalam PKR. Walaupun tidak ketara dimata umum namum ia sudah memperlihatkan bibit-bibitnya. Perebutan jawatan dan pangkat kian ketara terutama musim pemilihan agung dan untuk calun pilihanraya. Perjuangan yang digembur-gemburkan diletak sebentar didalam poket demi pastikan kedudukkan.
Perkiraan saya, gejala ini akan menyebabkan pendokong akar-umbi dan para refomis akan mencari gerombalan lain untuk perjuangkan nasib mereka dan golongan bawahan yang tertindas jika para pimpinan asyik bercakaran. BN-Umno adalah bukti kerakusan membawa padah.

No comments:

Post a Comment