20090425

25 - 04 - 2009

8.36 am

Terdapat beberapa teguran dan pendapat mengenai catatan dairi saya.
Saya tidak ego diatas kecapaian dan teguran yang dianggap liar kepada individu-individu tertentu. Kewarasan saya juga bukan individu sempurna. Di dalam dalil masyhur juga disebut ' Sampaikan olehmu walaupun satu ayat'. Juga keterbukaan saya juga sebagai Ketua AMK Johor juga perlu berkomunikasi dan didokong oleh cetusan bernas.
Saya melihat serangan pihak lawan bertali-arus dengan pelbagai senjata. Perlunya bagi saya membangkitan rakan seperjungan dan kritis dalam berhujah. Adakalanya saya biarkan hati yang terguris kerana kita telah parah diserang bertalu-talu. Johor perlukan momentum.
Dianatara ucapan tahniah dan telahan, saya mengambil jalan perjuangan. Mereka yang merajuk, pasti akan pulih sendiri. Perjuangan perlu pada setiap individu untuk menyelamatkan genarasi sekarang dan kemudian. Mereka yang berlakun untuk palitan jawatan, para pejuang akan menghukumnya. Pesalah pasti menerima hukuman itu janji Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment