07.26 am
Pengiat seni dan sastera kian matang dalam memilih parti politiknya.
Mereka memilih Pakatan Rakyat bukan kerana bencikan BN-Umno semata. Penglibatan mereka kerana dasar perjuangan yang tulus dari pimpinan dan pendokongnya. Walaupun segelintirnya mempunyai agenda tersendiri.
Tanpa menyebutkan nama mereka, saya melihat keberanian mereka menyertai PKR, PAS dan lainnya bukan kerana nafsu untuk berjawatan. Mereka gagal mendapat hak mereka sebagai pencipta, penyebar dan pendendang dari pihak yang diamanahkan menjaga kepentingannya. Lihat sahaja album, buku dan hasil ciptaan yang dicetak rompak. Kerajaan BN-Umno terlalu lesu dalam menunaikan pelbagai tanggungjawab. BN-Umno hanya 'menyerlah' ketika musim pilihanraya sahaja.
Saya meniliti ciptaan karya sekarang kian bermutu saban hari. Karya ketuhanan dan perjuangan asasi juga dicetak rompak tanpa belas ikhsan. Menteri BN-Umno silih-berganti, iltizam mengunung dilafazkan ketika baru dilantik. Namun jenayah lanun cetak rompak tetap bermaharajalela. Saya pernah mendengar seorang bekas penjawat tinggi tentera mengeluh, katanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sekarang menuntut bayaran yang tinggi serta layanan VIP untuk jumputan Ceramah Agama. Hanya mereka yang pernah menjemput beliau sahaja mengetahui taring pendakwah itu.
Allahulambisaw.
No comments:
Post a Comment