Kini terdapat banyak kekeliruan diseluruh negara melibatkan polisi, akta, perlembagaan dan hukum-hakam. Ia mungkin disebabkan faktor sejarah lepas dan Perdana Menteri yang sudah-sudah yang mementingkan keuntungan peribadi. Lantas ia menjadikan semuanya carca-marba.
Penduduk kampung semakin binggung. Peneroka FELDA diperdaya. Penguni Taman perumahan kelihatan daif. Penguni kota kian miskin. Politukus kian gelabah .
Pendekatan terbaik bukannya memperkuatkan PKR, tetapi jatidiri untuk menegakkan kebenaran. Jika setiap individu terpesong akidah dengan menyertai PKR untuk jawatan, pangkat dan memperkukuhkan ekonomi sendiri. Maka individu itulah penyumbang merosakkan negara.
Anwar Ibrahim, Mat Kilau, Mat Salleh , Tok Kenali dan lainnya adalah simbul ikutan memperkuatkan jatidiri untuk diperbudayakan kepada generasi, kolompok dan keluarga. Sampai masanya mereka dan Anwar Ibrahim pasti akan pergi. Kekuatan diri perlu ampuh dalam menegakkan kebenaran.
Diriwatkan dalam dalil yang kukuh. Nabi Muhammad S.A.W dicipta sebelum dunia ini wujud. Maka Rasullulah lah contoh individu sejati untuk dijadikan panduan didalam kehidupan dan perjuangan. Pemimpin akan datang dan pergi, keiklasan perlu ada dalam diri. Jawatan akan menyusul selepas itu jika kita layak.