Malam tadi pencatat menghadiri hari terbuka pemuda UMNO Bahagian Tengara di Pasir Raja. Walaupun agak ketat dengan pelbagai program sejak kebelakangan ini, pencatat sempat meluangkan sedikit masa.
Sejak kebelakangan ini Pemuda UMNO mengambil pendekatan 'beramah-mesra'. Mungkin mereka malu akibat luangan 'Penghianat Bangsa' yang tidak diendahkan oleh masyarakat.
Ternyata apa juga kempen UMNO-BN yang melibatkan fitnah tidak berfakta menikam diri sendiri. Jika sebelum ini mereka begitu keji memandang PKR. Kini mereka tidak begitu lagi.
Malah kehadiran pencatat sangat dialukan dan kami sedikitpun tidak berbicara mengenai perjuangan parti atau pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.
Pencatat percaya mungkin ada segelintir ahli AMK Johor mempertikaikan kehadiran pencatat dimajlis anjuran parti keris itu. Melayu tidak berpecah, ahli PKR tidak berpaling tadah. Hanya UMNO-BN sudah hilang pengaruh dipersada politik tanahair.
Keyakinan mereka (ahli UMNO) kepada Perdana Menteri dan pemimpinan mereka kian pudar. Hanya menunggu masa 'ke pusara'.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut UMNO-BN binasa. Ayuh teruskan perjuangan, rapatan saff dan gapai kemenangan.
No comments:
Post a Comment