20091002

Musuh Kian Menjadi Rakan Sepejuangan

Sekarang ini pencacai UMNO lebih berminat mengikuti perkembangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersembang dengan rakan-rakan dari parti keris, soalan pertama "kat mana bos kau ?".

Mereka faham jika Anwar senyap, tidak lama selepas itu pasti berita gempar berlaku. Jika tidak kemasukkan 'orang baru', sudah tentu 'kes baru' diumumkan.

Rakan UMNO-BN lebih bimbang jika Anwar keluar negara, kerana perkiraan mereka 'perbincangan khas' pasti berlaku. Bagi rakan UMNO-BN, seorang Anwar Ibrahim lebih berbisa jika dibandingkan dengan dihimpunkan seluruh jentera meraka.

Itulah hakikat bahawa UMNO-BN, pasrah bahawa kerajaan BN tidak mampu bertahan lagi. Bukan cerita donggeng lagi rakan UMNO-BN ingin 'beramah-mesra' dengan Anwar.

Jika diberi peluang, tidak mustahil Rosmah Mansor dan Khairi Jamaluddin pun ingin 'minum teh' bersama Anwar.

Pencatat tidak menjangka sesautu yang pelik selepas ini. Kita tahu Anwar ketemu ramai taulan di Amerika sepanjang disana. Jika rakan UMNO-BN telah 'bertaubat' dan ingin bersama Harapan Baru.

Pencatat pasti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dengan kewarasan menerima mereka. Kita nantikan berita Anwar sekembali ke tanahair.

No comments:

Post a Comment