20091008

'Bekas Banduan' Mengamuk Di Bagan Pinang

Pencatat diberitahu dari beberapa sumber yang meyakinkan , puluhan petugas Pakatan Rakyat yang berada DUN Bagan Pinang telah dicederakan, malam tadi.

Ia dipercayai dilakukan oleh penyokong UMNO dan PEKIDA yang mengunakan kayu, topi keledar , pedang dan dan senjata bebentuk besi.

Diberitahu Y.B. Mujahid calon daripada PAS-Pakatan Rakyat juga turut cedera. Menurut sumber, 'bekas banduan UMNO' iaitu Tan Sri Isa Samad yang juga calon BN-UMNO telah membawa masuk samseng-samseng untuk membantu kempen beliau ala-mafia.

Turut rosak dalam kejadian itu puluhan kereta yang dirosakan dan dipecahkan cermin, pelbagai poster dan kain rentang milik PAS-Pakatan Rakyat.

Malah beberapa Markas-Bilikan Gerakan PAS-Pakatan Rakyat juga telah dirosakkan. Walaubagaimana pencatat masih mencari kesahihan sumber berita tersebut.

1 comment:

  1. kalau pakai kayu, topi keledar , pedang dan senjata berbentuk besi.budak tadika pun boleh buat.memang penyokong UMNO dan PEKIDA penakut dan dayus.

    ReplyDelete