20091030

Lompat - Undur Kerana Curang Harapan Marhaen

Pencatat bukannya individu yang layak menyelar beberapa pimpinan dan ADUN PKR yang 'merajuk' lantas keluar parti dan letak jawatan.

Kita tahu mengalas harapan rakyat bukan pekara enteng. Meraka tewas dalam mendokong apa yang mereka janjikan selama ini.

Jawatan dan amanah yang diberikan telah diperlekehkan, tidak mustahil ianya demi kepentingan diri . Inilah masalah jika hanya pandai berpidato tetapi jiwa tumpul dengan jati diri.

Bukan sahaja 4, jika 100 wakil rakyat keluar dari Pakatan Rakyat, marhaen tetap mahukan perubahan dan muak dengan rejim UMNO BN.

Siapakah dikalangan kita berjiwa kental untuk mendokong harapan rakyat marhaen ?

Pilihanraya Umum dan Kecil, bila sahaja Pakatan Rakyat menang, kita bersorak. Tetapi menghampakan, kalangan mereka masih ada lagi berjiwa VVIP dan curang undi dan amanah yang diberikan.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri keluar PKR ia tidak merobah kehendak rakyat. Yakinlah bahawa rakyat masih perlukan kerajaan yang amanah, jujur mantap serta prihatin.

Bukan kerajaan yang ada sekarang dan seperti mereka yang 'melompat-undur'. Bersama kita galas Harapan Baru sebagai bangsa yang bermaruah untuk merobohkan kerajaan yang sangat zalim.

No comments:

Post a Comment