20091004

NILAI PERSAHABATAN

Pagi tadi bermula jam 10.00 am, pencatat diminta menyampaikan taklimat Anugerah Belia Felda Piala Perdana 2009 (ABFM 2009) kepada 42 orang pengerusi-pengerusi persatuan belia dibawah Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Johor Bahru (MBFMWJB).

Pencatat mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membangunkan aktiviti berpersatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sekitar jam 12.00 pm pencatat menghadiri majlis Sambutan Hari Raya MBFMWJB. Tetamu jemputan adalah YB Datuk Dr. Adham Bin Baba. Pencatat sempat menemui Dr. Adham, sambil menjamu juadah kami bersembang dan bermaaf-maafan.

Walaupun berlainan idealogi politik suasana muhibbah masih terjalin erat seperti 20 tahun yang lepas.

Selaku Bendahari Kehormat MBFMWJB, pencatat telah diberi penghormatan untuk menghulurkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama Dr. Adham dan Pengerusi MBFMWJB.

Sebelum ini, pencatat mengepalai Persatuan Belia Sejati yang diterajui sehingga merangkul Johan Anugerah Belia Felda Kebangsaan 2006. Seterusnya membantu Belia Sumber Felda Simpang Waha menjuarai Anugerah Belia Negara dan Anugerah Belia Felda seterusnya ke peringkat Asia Pasifik 2007.

Pada 2008 pula, pencatat berganding bahu bersama Belia Sungai Mas tapi sekadar berjaya diperingkat negeri sahaja . Tahun 2009, pencatat diberi amanah membantu membangunkan Belia Air Tawar 2.

Jam 9.00 malam ini, pencatat dijemput ke Majlis Sambutan Hari Raya Pemuda Umno Cawangan Pasir Raja. Pencatat sempat bertanya kepada Ketua Pemuda Cawangan, adakah beliau berani menjemputnya, cuma khuatir beliau akan memerima tekanan daripada pemimpin atasan beliau sahaja.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Pemuda Umno Cawangan Pasir Raja dan Bahagian Tenggara.

No comments:

Post a Comment