20091003

Dr. Ahmad Faidhi Bersama ' Tawan Johor '

Selepas menjamu selera dimajlis Hari Terbuka Sdr. Yusof di Simpang Ranggam, Pencatat bersama rombongan dari beberapa Cabang akan terus ke Bagan Pinang.

Di rumah Sdr. Yusof, pencatat bersembang dengan Dr. Ahmad Faidhi (MPPNJ), Sdr. Faizul dan beberapa rakan AMK lain. Mantan Pengerusi Perhubungan Negeri Johor (PPNJ) itu berbicara mengenai perjuangan individu dalam perjuangan berparti.

Walaupun beliau tidak lagi menjawat ketua negeri, semangat dan iltizam beliau sama seperti yang pencatat kenal sejak tahun 1998. Kental, berwibawa dan kesetiaan pada menegakkan keadilan sejagat.

Beliau ada berbicara mengenai segelintir gelagat penjawat PKR Johor yang mampir selepas PRU-12. Selebihnya kami berdiskusi mengenai gelombang yang membuak di Mersing dan Endau.

Sebelum kami berpecah untuk ke Bagan Pinang, beliau mengingatkan kami AMK Johor agar berwaspada dakyah UMNO-BN yang menghalalkan apa juga cara untuk terus berkuasa.

No comments:

Post a Comment