Diberitakan ikan paus kelihatan dipersisir pantai Port Dickson. Bukan penduduk sahaja terkejut, warga tentera darat juga diberitakan terkejut.
Namun kehadiran ikan paus dan ada mengatakan ikan lumba-lumba juga kelihatan. Ia dikatakan ada kaitan dengan gempa-bumi yang berlaku di Sumatera. Pencatat mengucapkan takziah kepada mangsa.
Tidak mustahil ikan puas itu teruja dengan kehadiran Datuk Seri najib Razak di Pork Dickson dan tiba-tiba mengumumkan Port Dickson 'Bandar Tentera Darat'.
Ikan puas yang dipercayai terus datang dari lautan pacific ke Port Dickson kerana terkejut dengan pengumuman Najib itu . Mungkin dalam hati si-puas berkata, "kalau pengundi Bagan Pinang tak percaya, biarlah aku yang percaya".
Kehadiran bersama Rosmah Mansor kesitu menyebabkan si paus dan si lumba-lumba tabik hormat kepada Bandar Port Dickson. Selepas ini mungkin perbarisan tentera yang tidak diadakan semasa sambutan Hari Kemerdekaan yang lepas akan diadakan diantara 3hb - 11hb Oktober disitu.
Pencatat berharap si paus dan si lumba-lumba tunggu di pantai Port Dickson sehingga hari mengundi, kerana Muhyiddin dan rakan-rakannya akan mengumumkan pelbagai sumpah-janji-kelentong pilihanraya.
* Tahukah anda, mitos Si-Tanggang ada kaitan dengan ikan lumba-lumba. angkatan tentera dan penderhakaan. Mungkin ikan-ikan tersebut ingin melihat Sumpahan Derhaka Si-Tanggang edisi baru yang dikatakan seorang wanita dan isteri perdana menteri.
No comments:
Post a Comment