20090623

PROGRAM PIMPINAN PUSAT TURUN KE GELANGGANG JOHOR

1. PENDAHULUAN
Dalam usaha memperkasakan Parti Keadilan Rakyat adalah amat perlu ramai lagi pimpinan pusat turun ke gelanggang negeri johor. Kehadiran YB Tian Chua, YB Yakob Safari, Latheefa Koya, Cikgu Bard pada kali ini akan membantu ke arah menawan johor di PRU 13 nanti.

2. RASIONAL
Memperkasa parti dengan semangat kerjasama Pakatan Rakyat Negeri Johor ke arah meningkatkan kecelikan politik melalui maklumat terkini yang tepat, padat dan betul. Pertemuan ini akan menghasilkan perbincangan dua hala yang sihat dan sebaran infomasi sampai ke akar umbi parti.

3. OBJEKTIF
A) dapat kefahaman tentang erti memperkasakan parti
B) dapat menanamkan semangat kerjasama dalam pakatan
C) dapat memupuk semangat juang yang tinggi dikalangan anggota parti
D) dapat membuat persediaan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk PRU ke-13.

4. JANGKA MASA/ TARIKH / TEMPAT
A) BERSAMA LATHEEFA KOYA, KETUA PENERANGAN PUSAT
TARIKH : 27 JUN 2009 (SABTU)
TEMPAT : PEJABAT JIM, 3A TAMAN KELISA, PARIT RAJA, BATU PAHAT. MASA : 3.00 - 6.00 PETANG
PESERTA : SEMUA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI JOHOR/ WAKILNYA KETUA PENERANGAN BAHAGIAN, KETUA AMK, KETUA WANITA / 3 WAKILNYA LAPOR DIRI : 2.00 PETANG ( HUBUNGI 019-7787556 -SDR BAHARUDDIN - LOKASI JIM)
B) BERSAMA YB TIAN CHUA, PENGARAH STRATEGIK PUSAT
TARIKH : 28 JUN 2009 (AHAD)
TEMPAT : PEJABAT JIM, 3A TAMAN KELISA, PARIT RAJA, BATU PAHAT. MASA : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG
PESERTA : SEMUA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI JOHOR/ WAKILNYA DAN 3 ORANG WAKIL DARI SETIAP BAHAGIAN ( TERMASUK BAHAGIAN YANG DALAM PERINGKAT PENAJAAN)
LAPOR DIRI : 9.00 PAGI ( HUBUNGI 019-7787556 -SDR BAHARUDDIN - LOKASI JIM)
C) CERAMAH PERDANA BERSAMA YB TIAN CHUA DAN YB YAKOB SAFARI TARIKH : 28 JUN 2009 (AHAD)
TEMPAT : PARIT HAKIM (DEPAN FUJITSU) PT RAJA , BATU PAHAT
MASA : 9.00 MALAM
PESERTA : SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR.
( HUBUNGI 019-7787556 -SDR BAHARUDDIN - LOKASI CERAMAH UMUM)
D) PERJUMPAAN DENGAN PENDUDUK TANJUNG LABUH , BATU PAHAT DENGAN YB TIAN CHUA
PADA PUKUL 3.00 - 6.00 PETANG . SEMUA DIJEMPUT HADIR
E) PERJUMPAAN DENGAN ANGGOTA PKR SIMPANG RENGGAM DENGAN YB YAKOB SAFARI
PADA PUKUL 4.00 - 6.00 PETANG DI PEJABAT PKR S.RENGGAM.

5.0 SUMBER KEWANGAN
A) SUMBER KEWANGAN DARI BAHAGIAN SRI GADING, BATU PAHAT, SIMPANG RENGGAM
B) RM 400.00 UNTUK PROGRAM BERSAMA KETUA PENERANGAN DAN PENGARAH STRATEGIK PUSAT DARI PKR NEGERI JOHOR.

6.0 SUMBER TENAGA
A) JK BAHAGIAN SRI GADING, BATU PAHAT, SIMPANG RENGGAM
B) AMK NEGERI JOHOR

7.0 SASARAN
A) semua Ahli Majlis Pimpinan Negeri (JK Perhubungan Negeri)
b) Semua Ketua Penerangan Bahagian, Ketua AMK bahagian, Ketua Wanita bahagian
C) semua AJK Bahagian-bahagian yang berminat hadir amat dialu-alukan.

8.0 PENUTUP
Kepada semua anggota PKR dalam negeri Johor yang bersama menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan semua program tersebut amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

KEPADA KETUA BAHGIAN YANG BELUM ADA E-MAIL SENDIRI MOHON DAPATKAN MAKLUMAT DARI BAHAGIAN LAIN DAN KETUA BAHAGIAN YANG SUDAH ADA E-MAIL SENDIRI MOHON PANJANGKAN MAKLUMAN INI KEPADA MEREKA.
SEBARANG KESULITAN HUBUNGI PAK NGAH 016-7705488.

disediakan oleh
PAK NGAH SEMBRONG
SETIAUSAHA MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR.

No comments:

Post a Comment