Para remaja masa kini kian galak bercerita dan beranggankan menjadi peniaga atau 'businessman' tulen. Mungkin juga disebabkan faktor mendapat kerja yang susah atau kos sara hidup kini begitu tinggi, terutama di Johor Bahru dan bandar.
Ada yang berpendapat pengalaman sekitar 2-3 tahun mencukupi untuk menceburi bidang ini. Saya menggalakkan para remaja turut menceburi bidang perniagaan. Namun kekuatiran saya tentang perlaksaan dan perancangan berkala.
Remaja kerap beranalisa tentang untung dan mengambil sedikit faktor risiko-rugi apabila merancang memulakan perniagaan. Akibatnya mengambil jalan mudah dengan melantik rakan kongsi 'tangkap muat' . Ada juga ada yang memulakan perniagaan berasaskan 'tiru' rakan yang berjaya. Contohnya, si-sipulan jual tembikai telah memiliki kereta mewah, maka ada memilih jalan singkat menjual tembikai juga dengan harapan berjaya seperti si-sipulan itu tadi.
Perniagaan rakan-kongsi 'tangkap muat' dan 'tiru' perniagaan orang lain biasa perniagaan itu akhirnya gulung tikar. Pekara ini sangat kerap berlaku. Jarang para remaja mengukur keupayaan diri sebelum memulakan perniagaan. Akibatnya wang simpanan, wang pinjamanan atau harta ibubapa hangus dek tindakan singkat ini.
Dalam perniagaan hanya dua pekara sahaja yang berlaku, rugi dan untung. Hanya mereka yang berani menanggung rugi sahaja layak sebagai ahli perniagaan. Jika tidak mahu rugi usah berniaga. Kelak menyusahkan orang lain.
Kepada rakan yang sedang merancangkan perniagaan baru, saya mendoakan selamat maju jaya. Hasil mesyuarat dan perbincangan pasti mendapat berkat.

No comments:
Post a Comment