20090603

03 - 06 - 2009

10.46 am

Remaja dan kehidupan modern bagai tidak boleh dipisahkan. Internet merupakan juadah utama .

Dunia tanpa sepadan ini memperlihat gejala sosial dapat dilihat secara jelas, pantas dan terkini. Perlakuan jenayah, hiburan, sex bebas dan skandal menjadi tumpuan utama para remaja masakini. Chatting dan email merupakan penghubung bagi bertukar-tukar maklumat. Positif dan negitif maklumat bertali-arus dalam dunia internet. Malangnya yang negitif menjadi tumpuan dan ikutan.

Saya tidak kaget jika Wikipedia menyatakan dalam laman webnya bahawa bandaraya Johor Bahru kini mengalami kebanjiran kes jenayah. Walaupun seluruh negara mencatatkan penambahan mendadak dalam kes jenayah. Ia tidak sepatutnya berlaku di Johor dan bandar Johor Bahru.

Pertama, politik BN Johor tidak mempunyai tekanan politik dari Pakatan Rakyat seperti di utara tanahair, mereka perlu tumpukan hal ekonomi dan sasiah para remaja. Kedua, PDRM Johor tidak sekerap polis di Selangor, Perak dan diutara yang memperuntukan pegawai jenayahnya untuk menguruskan hal-ehwal politik.

Bagi saya, paparan Wikipedia itu memperlihat pimpinan BN sedang lena dibuai mimpi di Johor ini , terutama Datuk Abdul Ghani Othman. Mereka( BN-Umno) yang kerap terlena itu tidak perlu dikejutkan lagi, perlunya dikeluarkan terus dari memimpin negeri yang bertuah ini.

No comments:

Post a Comment