20090617

17 - 06 - 2009

Najib Bimbang Dengan Pengundi Felda

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa mengingatkan wakil rakyat dari kawasan Felda supaya memberi perhatian berat kepada masyarakat di tanah rancangan itu.

"Rajin-rajinlah turun padang bersama dengan peneroka Felda, susah senang mereka kita kena tahu. Waktu nak bagi bonus kita ada bagi Yang Berhormat , jadi YB bagi (kepada peneroka) bagi pihak Felda.

"Kalau ada apa-apa sumbangan lain kita beri bagi pihak Felda, dengan ini saudara sekalian akan menjadi wakil rakyat yang lebih disenangi dan dekat dihati masyarakat Felda," katanya.

"Sebagai pemimpin kita mesti tahu bagaimana kepimpinan kita itu boleh diterima dengan baik dalam masyarakat. Apabila yang tersirat dan tersurat kita fahami, maka Felda akan terus menerus menjadi benteng kepada kerajaan Barisan Nasional .

"Sehinggakan pada Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008, mereka mengakui salah satu sebab dia tak dapat menumpaskan kerajaan BN kerana dia gagal menembusi politik rancangan-rancangan Felda yang sebahagian besar menyokong BN dalam pilihan raya lepas," katanya.

Najib yang bimbang kerana di Johor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan ketika ini banyak cawangan baru PAS dan PKR di kawasan Felda . Aktivit Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) juga telah menimbulkan kerisauan kepada Najib.

Johor Daily difahamkan sebuah felda di Johor sedang merancang untuk menyaman pengurusan Felda atas dakwaan penyelewangan penjualan kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment