20090627

Felda diperintah Bayar Peneroka RM11 juta

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar ganti rugi RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan kerana melakukan penipuan terhadap sistem timbangan kelapa sawit selama enam tahun.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk James Foong (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dan Hakim Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian setelah menolak rayuan Felda dengan kos melalui keputusan majoriti 2-1.

Dengan keputusan itu, setiap peneroka akan mendapat ganti rugi sekitar RM30,000 seorang.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan perintah itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Foong ketika menolak rayuan Felda menyatakan, Mahkamah Tinggi Kota Bharu betul ketika menolak permohonan Felda untuk membatalkan penghakiman ingkar selepas ia diperintah membayar RM7.8 juta kepada 354 peneroka itu.

Beliau berpendapat, ganti rugi yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi memadai kerana Felda bukan sahaja telah menipu peneroka terbabit malah mengeluarkan ugutan jika mereka masih berkeras untuk meneruskan tindakan.

No comments:

Post a Comment