20090620

Mazlan Aliman Sedia Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto), dalam kenyataan akhbarnya semalam bersedia menghadapi saman yang akan dikemukakan pihak Felda bagi mempertahankan fakta fakta yang dikemukakannya berkaitan salah urus dan penyelewengan pihak Felda seperti yang didedahkannya di dalam buku “FELDA:Dulu Tolong, Sekarang Along” Buku kedua yang dihasilkan beliau itu adalah hasil kajian dan pengalamannya bergelumang dengan kehidupan warga Felda selama tempoh lebih lima belas tahun.

Mazlan yang juga seorang generasi ke dua Felda dari Johor telah menghabiskan sebahagian usianya bertemu peneroka Felda di seluruh negara bagi mendengar rintihan dan berbagai aduan berkaitan salah urus dan penyelewengan dilakukan pihak pentadbiran Felda.

Dalam kenyataan medianya di lobi Parlimen semalam, beliau berkata pihak pentadbiran Felda melalui peguamnya Zul Rafique & Partners telah menghantar notis tuntutan bertarikh 10 Jun 2009 dengan memberi masa 48 jam untuk beliau menarik balik pengedaran buku itu di samping memohon maaf kepada Felda. Dalam notis tuntutan tersebut sebanyak 25 fakta yang di petik dari buku tulisan Mazlan telah disenaraikan sebagai mengandungi unsur fitnah yang menjejaskan reputasi pihak Felda.

“Saya akan membongkar penyelewengan Felda di mahkamah dengan mengemukakan bukti bukti melalui dokumen dokumen yang telah ada”, ujar beliau. Tambahnya lagi beliau juga telah melantik peguam terkenal Hanifa Maiden mewakili beliau bagi menghadapi saman daripada pihak Felda.

sebahagian dari catatan blog Pahang Daily

No comments:

Post a Comment