20090619

19 - 06 - 2009

08.22 am

Beberapa pandangan kini tertumpu kepada Pakatan Rakyat. Saya ibaratkan seperti menangguk di air yang jernih untuk melepaskan tekak yang kering.

Saya simpati dengan BN ketika ini. Sebelum ini mencaci-cerca Pakatan Rakyat. Hari ini lihat sahaja di koran-koran utama. BN begitu tagihkan simpati Pakatan Rakyat terutama PAS agar menyertai matlamat serong mereka.

Dimanakah maruah BN-Umno selama ini yang mendakwa partinya kukuh dan kebal. Jika sudah tiada pemimpin yang baik dan berketerampilan. Ayuh serta Pakatan Rakyat, bukan mempelawa Pakatan rakyat menaiki bahtera mereka yang sudah bocor dan usang.

Saya tidak bersimpati dengan Najib Tun Razak. Talian hayat terakhir mereka hanya tinggal undi pos sahaja. Peneroka Felda dan generasi peneroka sudah tidak boleh diperkudakan lagi. Ayuh hulurkan habuan lagi ke kawasan Felda. Kami akan ambil kerana itu sewajarnya hak kami (generasi Felda). Dan usah lupa hutang-penipuan FELDA masih banyak yang tertunggak.

ANAK tetap memaafkan BN-Umno tetapi undi dan sokongan kepada BN-Umno tidak sekali. Setiap kesalahan pasti dihukum. Maaf tidak semestinya tiada pendakwaan, kami akan membongkarkan segala ketirisan, penyelewangan dan penipuan hak separurnya milik peneroka Felda.

No comments:

Post a Comment