1o.39 am
Lewat petang ini AMK Kluang akan menganjurkan diskusi bersama Sdr. Tian Chua. Program anjuran bersama Bahagian Kluang ini bagi mengupas beberapa permasalahan umum masakini.
Satu pekara yang perlu dititik-beratkan dalam agenda kearah negara lebih makmur ialah mengawal dari ketirisan terus bermaharajalela. Malah Malaysia yang dianggap negara yang makmur rupa-rupa disenaraiakn sebagai negara popular 'penyewa wanita'.
1Malaysia yang dipalu ketika ini amat mendukacitakan. Adakah sekadar mendukacitakan sahaja ?
Zaman kegemilangan Malaysia telah pudar dan kian lesu, mungkin akan terkubur jika dibiarkan Barisan Nasional dan Umno terus memerintah negara ini. Apa yang diussahakan oleh sekelian rakyat Malaysia diperkosa dengan rakus oleh puak Bn-Umno.
Saban hari paparan dikaca tv dan akhbar memperlihatkan kedaifan rakyat. Pada setiap pilihanraya umum dan kecil disajikan dengan sumbangan dan habuan kepada rakyat miskin. kelihatan pilihanraya dijadikan hari pembasmian kemiskinan terpilih. Datin Seri Rosmah Mansor terus berkilauan dengan intan-berlian.
Slogan 1Malasia hanya menipu rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment