20090605

04 - 06 - 2009

10.01 am

Masyarakat sering berbicara tentang hak melayu dan ketuanan melayu. Kita tidak leka tentang hakmilik 99 tahun milik melayu-bumiputera.

Saya ingin berbincang mengenai hakmilik tanah pegangan bebas ( free hold ) 999 tahun. Saya tidak mahu menyentuh mengenai Umno yang tidak menuntut agar 99 tahun kepada 999 hakmilik tanah melayu-bumiputera secara bersungguh. Mereka sememangnya selalu memperdayakan bangsa sendiri bila berbicara dan membuat keputusan.

Perlunya dasar kanun tanah negara perlu digubal bagi menjaga kepentingan hak melayu-bumiputera. Jika akta tersebut diubah status kepada 999 tahun pada hari ini. Adakah bangsa lain akan membantah ?. Ia kerana geran hakmilik bebas sekarang tercatat 999 tahun. Contoh paling mudah geran pemilikan premis perumahan taman , premis rumah-kedai dan lainnya.

Umno berbicara tentang hak melayu tetapi parti penghianat ini tidak memikirkan hak anakbangsa selepas mereka. Kini ada geran bumiputera yang sudah berbaki 15 tahun. Selepas ini, jika terdapat perbalahan wasiat dan perebutan harta pemilik yang telah meninggal dunia. Tidak mustahil kerajaan negeri atau kerajaan pusat akan mengambil alih tanah tersebut atau menjadi harta wakaf ( dalam jangka masa tertentu).

Dunia politik kerap berlaku kejutan. Amerika Syarikat kini diperintah oleh anakbangsa luar dan dimonopoli oleh yahudi. Rakyat pribuminya makin tertindas. Malaysia tidak semestinya melayu Umno kekal memerintah kerana rakyat Malaysia sudah membenci parti itu . Dengan parti politik melebih 25 parti sekarang tidak mustahil parti kerdil/baru akan memerintah kelak. Ia terbukti di Thailand dan Indonesia.

Pemilikan geran hakmilik melayu-bumitera dimiliki oleh syarikat sudah berluasa, jika peganagan saham syarikat tersebut dikuasai oleh bukan bumiputera pada masa akan datang. Maka peratus pemilikan melayu-bumiputera kian merosot. Terutama syarikat gergasi dan pajakan pinjaman.

Pada saya, perlu diubah pemilikan 99 tahun kepada 999 tahun dan syarikat yang memegang hakmilik geran bumiputera ditidak boleh dicagar bagi tujuan pinjaman. Dan pemilikan saham syarikat tersebut mestilah 100% bumiputera tanpa sebarang kelonggaran. Usahalah Umno mainkan isu parti komunis malaya, ia isu lapuk dan tiada feadah.

No comments:

Post a Comment