20090601

01 - 06 - 2009

08.58 am

Malam ini Rapat Anak Muda menjelma lagi. Kali ini ditempat kelahiran saya di Felda Bukit Besar. Program yang bergandingan dengan dokongan anak muda Pakatan Rakyat ini bukan semata membicarakan kondisi politik tanahair. Ia juga menyentuh ekonomi dan pasarana Malaysia.

YB Salahuddin Ayub adalah Ahli Parliman di Kelantan berasal dari Pontian. merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS. Biodatanya tidak perlu ditaipkan kerana anda semua sedia maklum.

Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia adalah seorang peguam dan ahli politik muda tanahair yang digeruni oleh BN. Kelebihan Sdr. Shamsul, walaupun saban hari mempertikaikan kerajaan BN tetapi tidak sekalipun beliau perah di tangkap Polis.

Seorang lagi panel ialah YB Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang DUN Johor dan ADUN Skudai. Anda perlu meneliti setiap ayat-ayatnya, semakin fasih bertutur melayu dan bercakap dengan fakta. Lulusan dari universiti dari Jamica. Beliau dikenali sebagi YB Mesra Alam kerana sikap rajin.

Ayuh meriahkan Felda Bukit Besar.

No comments:

Post a Comment