07.59 am
Esok akan tercipta sejarah bagi Parti Keadilan Rakyat. Satu kongres khas akan berlangsung di Kajang. saya pasti semua pendokong PKR mengetahui akan stuasi ini.
Pekara penting yang akan dibincangkan mengenai perlembagaan parti dan penstrukturan serta nama perjawatan dipelbagai peringkat. Parti yang bertuankan rakyat ini sudah pasti menerima pandangan akar umbi bagi memantapkan gagasan parti untuk lebih gemilang.
Saya berharap perwakilan AMK Johor sudah membuat persediaan mental dan sikap keterbukaan dalam kongras khas ini nanti. Saya seperti pimpinan PKR lain juga berharap cetusan baru akan tercipta esok demi mengukuhkan parti ulung ini lebih ampuh untuk berlayar dengan penuh kegagahan.
Harapan saya tidak berlaku 'rumah siap tukul berbunyi' selepas kongres khas ini menutup tirainya. Saya yang memegang amanah untuk menentukan perwakilan dan perkara yang ingin dibahaskan, amat mengalu-alukan segala pandangan dan cetusan dari saudara/i sekelian.
Selamat berkongres kepada semua dokongan dan penjawat PKR.

No comments:
Post a Comment