20090608

08 - 06 - 2009

02.58 pm

Alhamdulillah, Muktamar PAS ke-55 telah disempurnakan dan dilaksanakan dengan cemerlang oleh para perwakilan dan para petugas.

Saya mengucapkan tahniah buat semua yang berjaya dalam pemilihan sabtu lepas. Buat satu-satunya wakil dari Johor yang berjaya menempa nama sebagai Naib Presiden PAS iaitu YB Salahuddin Ayub, syabas diucapkan. Diharapkan segenap pengalaman beliau akan memberi implak yang tinggi kepada Pakatan Rakyat Johor.

Sebelum ini desas-desus mengatakan beliau berkemungkinan akan 'kembali' ke Johor. Ianya bukan sekadar harapan tetapi permintaan khusus dari AMK Johor agar ianya menjadi kenyataan.

Pengamatan saya pada Muktamar PAS yang berakhir semalam, merupakan sautu lembaran baru kepada politik tanahair. BN-Umno yang sebelum ini begitu bersemangat memperlekehkan PAS, semalam secara terbuka mengalu-alukan pintu rundingan untuk 'Kerajaan Perpaduan'.

Saya kira BN-Umno kian tersepit kemelut ciptaannya di Perak, Perlis dan Terengganu. Pergelutan jawatan yang bisa membunuh parti yang kononnya pertuankan orang pribumi-melayu. Tidak mustahil kali ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan 'memperagakan' kematangan poliitiknya kali ini.

PM kita sudah kepenatan diburu 'hantu' Altantuya. Mungkin ini strategi Najib untuk menutup mulut dan mengalihkan perhatian kita agar tidak menyebut bekas wanita kesayangan Razak Baginda itu.


No comments:

Post a Comment