20090629

29 - 06 - 2009

3.14 pm

*
Bulan Jun 2009 hampir melabuhkan tirainya. Namun hingga hari ini masih belum ada kedengaran perlaksanaan pakej rangsangan ekomoni atau RMK-9 dinikmati oleh rakyat Malaysia khususnya di Johor.
*
Kita tidak asing bila melihat papan tanda projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya tertulis, 'Satu Lagi Projek Barisan Nasional'. Tersirat difikiran nagitif saya, 'Satu Lagi Projek Mangsa Rasuah Barisan Nasional'.
*
Mungkin ada rakan-rakan di Umno setuju dengan tanggapan nagitif saya ini kerana rasuah bukan asing bagi dunia kontraktor di Malaysia. Ada yang jujur dan bersih tetapi kena berusaha diluar atau projek swasta. Al-maklumlah penjawat BN-Umno sebahagian besrnya penganggur. terpaksa menyara anak-isteri dengan wang haram.
*
Saya juga khuatir, dalam Pakatan Rakyat terdapat beberapa Yang Berhormat kita baru setahun jadi wakil rakyat kenderaan mewah sudah menjalar . Mungkin sakit hati bila ke Dewan Undangan negeri atau Dewan Rakyat 'parking' kereta disebelah wakil rakyat BN. Rasanya tidak 'standart' naik kereta buatan Malaysia. Lantas digunakan kereta mewah ala-BN.
*

No comments:

Post a Comment