20090625

25 - 06 - 2009

08.00 am

Tahniah kepada rakan-rakan yang sedang menjalankan ibadah sunat puasa di bulan Rejab.

Hadist Nabi S.A.W " Daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".

Walaupun ada berpendapat hadist ini adalah palsu dan ada, yang menyatakan daif. Para ahli ibadah mengambil pendekatan dengan hampirnya dengan bulan Ramadhan puasa dibulan rejab dapat menjinakkan diri. Dengan melatih diri untuk mengamalkan puasa sunat dan ibadat-ibadat lain seperti sholat Duha dan sebagainya.

Walaupun banyak pendapat mengatakan banyak hadist berkaitan fadilat ibadat dan puasa rejab adalah palsu. Namun perlunya imarahkan diri menjelang sya'aban dan Ramadan yang hampir menjelma. Insyaalah hati akan murni dan jiwa menjadi tenteram.

Nota :

1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206

2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.

3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.

4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95

No comments:

Post a Comment