20090619

AMK Bantah Wajib Lulus Bahasa Inggris

Johor Bahru - Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan isu mensyaratkan Bahasa Inggris mesti lulus untuk menentukan tahap lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai agenda kerajaan melambat-lambatkan penyelesaian isu sebelumnya iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI).

Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa berkata di blognya, sekiranya cadangan ini dilaksanakan sudah pasti yang menjadi kesan ialah kepada para pelajar di luar bandar , desa dan pendalaman . Kajian terperinci adalah perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum cadangan tersebut diimplimentasikan .

AMK mengharapkan agar pendidikan negara jangan dipolitikkan dan lebih ketara lagi apabila pendidikan di'niaga'kan bagi meraih keuntungan dan laba daripada kontrak pembelian komputer riba , perisian , projektor LCD , buku-buku dan sebagainya yang kononnya atas prinsip pendidikan negara atau memperkasakan BI kepada para pelajar , katanya lagi.

Zabidi Abas, Ketua AMK Johor berkata, "jika BI disyaratkan wajib untuk penerimaan ke universiti dan syarat penerimaan pinjaman ( kelolaan kerajaan) mungkin ada logiknya." Tambah beliau kerajaan Barisan Nasional kerap mengubal akta tanpa memikirkan kesan ekonomi negara serta bebanan ibubapa.

Zabidi menyelar Menteri Pelajaran atas cadangan itu kerana sengaja memainkan isu politik untuk masadepan anakbangsa. Ketika ditanya mengenai kesan kepada pelajar jika ianya diwajibkan, beliau berkata "pekara terpenting displin pelajar ditahap terburuk, jenayah pelajar perlu dititik-beratkan. Apa perlunya sijil yang baik jika negara sering dibelenggu oleh masalah displin dan jenayah yang mendadak meningkat."

Fariz berkata lagi diblognya, "AMK membantah cadangan tersebut dan meminta agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak secara rasional dan relevan dan jangan memperjudikan nasib para pelajar kita dengan dasar yang " setiap kali menteri baru mengambil alih , setiap kali dasar baru akan dicipta ". Para pelajar kita yang menjadi mangsa dengan kerakusan pimpinan UMNO yang tidak memikirkan nasib dan kemampuan para pelajar kita terutama para pelajar di desa , luar bandar dan pendalaman yang serba kekurangan ."

No comments:

Post a Comment