20090313

Norza Sebak (Bacul) Di luar Mahkamah

Jika salah seorang yang cuba merasuah Calon PAS di DUN Pasir Raja pada PRU-11 yang lepas mengucapkan 'Astafirullahalazim....' sepeti seorang yang sudah bertaubat nasuha.
Hari ini Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhaan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.
Sambil menitiskan air mata, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.
Mungkin baginya setelah banyak berjasa kepada partinya, 'halal' untuk pemimpin BN-UMNO melakukan rasuah. Saya pasti beliau maksudkan ialah ribuan lagi fail yang terdapat dikantong SPRM dan Lembaga Displin UMNO masih disorokkan.
Bagi saya adalah bacul bagi Datuk Mohamad Norza hanya mendiamkan diri jika mengetahui rakan-rakannya juga bersalah. Bongkarlah 'semua fail' agar mereka menanggis bersama.

No comments:

Post a Comment