20090311

11 - 03 - 2009

9.21 am

" Astafirullahalazimmmmm....."
Itulah ungkapan jelas dimulut Sdr.Azman B. Abdul Rahman setelah beliau ditangkap oleh saya dan rakan-rakan ketika melakukan rasuah terhadap Hj. Sanip bagi mewakili Datuk Halimah Sadiq supaya wakil PAS itu menarik dari pada PRU ke-11. Bersama beliau adalah Srd. Abdul Rahim Bin Adlan juga agen BN-UMNO.( Berlaku pada 16 mac 2004 jam 12.00 tengahari ). Kami menyerahkan perosak bangsa ini kepada Sarjan Mansur (Balai Polis Bukit Besar).
Pada jam 4.15 petang Tuan Azman dan 7 anggota BPR (SPRM) dari cawangan Johor telah datang ke lokasi dan mengambil pengaduan dan duit bukti sebanyak RM5,000.00. Saya mendengar sendiri baki RM95,000,00 akan diberikan setelah Hj. Sanip menarik diri pada PRU-11 itu.
Sehingga kini pihak SPRM masih membisu. Semalam, saya bersama Srd. Mazlan Aliman dan rakan-rakan sekali lagi membuat tuntutan dan lapuran keatas pekara yang sama juga aduan berkaitan Datuk Seri Syed Hamid Albar. Saya berharap SPRM Johor tidak mengikuti jejak SPRM Pulau Pinang, Selangor dan Ibupejabat seperti yang diungkapkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu 'lembu yang dicucuk hidung'.
*
8.11 am
Sepakat kearah gemilang.
Saya ingin menegaskan kepada barisan Exco AMK Johor agar sentiasa berhubung dan mengambil keputusan dalam apajua akiviti dan perancangan. Tindakan yang lepas banyak memberi implikasi negitif dan memberi kepersepakatan yang rapuh.
Kepada individu AJK AMK Johor jika terdapat masalah berbangkit aktiviti yang lepas, sila buat lapuran bertulis agar ianya diteliti dan diambil tindakan. Pada dasarnya 'pelaku' perlu memberi solution untuk mengatasinya.
Pada beberapa hari yang lepas Setiausaha AMK Johor telah berbincang dengan Datuk Johari Abdul di Kedah mengenai gerak-kerja AMK Johor di 3 pilihanraya kecil. Keputusan dan persetujuan telah diambil untuk AMK Johor bertugas di Bukit Gantang. Namun jika terdapat pendokong yang ingin ke Bukit Selambau atau Batang Ai sila maklumkannya.

No comments:

Post a Comment