12.22 am
Perangkap tidak memilih mangsa.
1. Dakwaan Datuk Azlina Othman Said mendakwa orang Kem UMNO merosakkannya.
2. Datuk seri Hissamuddin Tun Hussein mendakwa mangsa surat layang.
3. Tan Sri Muhammad Taib mencabar Datuk Sei Anwar Ibrahim berdebat diluar dewan mengenai ekonomi negara.
4. Utusan Malaysia mendakwa Rosmah Mansor adalah Permata Negara.
5. Tun Dr. Mahathir Mohamad : Masyarakat melihat 'robohnya' UMNO yang penuh dengan rasuah.
6. Datuk Seri Khir Toyo mendakwa PKR dan UMNO Selangor kompromi menjatuhkan beliau.
7. Cadangan Gobind Singh Deo digantung setahun disidang Dewan Rakyat. Siapa akan terima padahnya ?
8.19 am
Sebentar lagi saya akan bersama rakan Pakatan Rakyat akan menadakan sidang akhab berkaitan permasalahan kekerapan masalah banjir di ibukota Johor. Plan alternatif amat mendukacitakan. Kepakaran yang dimiliki anakjati Johor yang mempunyai kepakaran berkaitan dipinggirkan.
Kelekaan BN-UMNO Johor ditahap terburuk dan perlu diubah kerajaan sediaada. Pelan alternatif seperti penambah-tinggi jalan, tanah, benteng penghadang dan menambahbaiki peperitan diabaikan begitu sahaja. Saya berharap pihak Polis jangan hanya berkumpul beramai-ramai dimajlis ceramah dan perhimpunan kami. Jika berlaku banjir kilat, hadirlah dibandar Johor Bahru. Bantu pemilik kenderaan yang terperangkap banjir dan kesesakkan yang berlaku. Polis Trafik mempunyai pegawai terhad.
No comments:
Post a Comment