20090302

02 - 03 - 2009

6.59 pm
http://www.1malaysia.com.my/ * Pertandingan Fotografi *
Ini ada blog Dato' Seri najib Tun Razak. Beliau menyediakan hadiah kepada pertandingan fotografi. Saya yakin beliau belum pernah melihat kekejaman FRU dan pihak berkuasa lain 'gotong-royong' membelasah rakyat Malaysia seperti tentera Israel membelasah penduduk Palastin. Mungkin juga beliau belum pernah melihat kesengsaraan anak-anak mangsa ISA kelaparan tiada makanan. Mungkin juga beliau ingin melihat india, melayu dan cina di belasah dalam satu perhimpuanan aman.
Bersama-sama kita menghantar gambar tersebut kepada beliau. Semoga ada kesedaran kepadanya akan kekejaman BN-UMNO kepada bangsa Malaysia .
*
8.23am
AMANAT HARAPAN RAKYAT
Ucapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

STRATEGI
Kita perlu memperkukuhkan jentera serta memperkuat semangat, kita juga harus memikirkan secara bersama bagi mendapatkan dana untuk parti.
Untuk itu, saya telah meminta Setiausaha Agung parti agar membawa parti ke hadapan untuk menyahut cabaran tersebut. Mulai saat ini juga, pihak sekretariat akan lebih memberi tumpuan kearah pengukuhan akar umbi diseluruh negara.

Bagi mencapai tujuan itu, kita akan memastikan sekurang-kurangnya satu mesyuarat dan ceramah diadakan pada setiap bulan oleh setiap negeri dan bahagian. Manakala ketua penerangan di setiap negeri akan diminta untuk melaporkan kepada ibu pejabat parti setiap bulan bagi membincangkan perkembangan terkini serta arahan dan langkah selanjutnya.
Pengambilan ahli-ahli baru harus ditingkatkan kerana ia adalah salah satu strategi kita bagi menghadapi pilihanraya di masa depan.

Tahun-tahun kebelakangan ini, anda telah mempamerkan semangat kesungguhan dalam perjuangan. Namun demikian kita seharusnya akur bahawa masih terdapat kekurangan dan kelemahan, masih ada ruang untuk kita memperbaiki serta melakukan peningkatan. Kita juga mahukan penyertaan yang lebih berkesan daripada rakan-rakan yang baru menyertai parti. Kita mesti terus melangkah ke hadapan, manakala mereka yang ada bersama kita pada hari ini adalah mereka yang komited dan sanggup berkerja keras untuk membawa parti ini ketahap yang lebih tinggi.

Perjuangan ini akan mencapai matlamatnya jika setiap daripada kita mengerti akan pentingnya semangat kerja berpasukan.
Bahtera telahpun menarik sauh tanda pelayaran sudah bermula, ayuh bersama kita melakar sejarah yang penuh gemilang. Kepada anda yang telah meraih undi daripada rakyat, adalah teramat penting mendapatkan sokongan berterusan dari rakyat untuk terus bersama melayari bahtera perjuangan.

Buat anda yang telah diberi tanggungjawab dengan memegang jawatan-jawatan dalam parti, diharap dapat menjalankan amanah tersebut dengan berusaha lebih gigih demi memartabatkan perjuangan keadilan.Masa semakin berlalu , ia telah membawa kita hampir kepada Pilihanraya Umum sekali lagi, oleh itu amatlah penting buat kita merebut setiap detik bagi membina kekuatan perjuangan menegakkan keadilan.Dengan situasi ketidaktentuan ekonomi serta kerapuhan dalaman pihak lawan, ia seharusnya memberi kita kelebihan untuk terus mara kehadapan. Tambahan pula, keyakinan yang ditunjukkan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat masih tetap utuh. Ini semua hasil dari kesungguhan kita yang selama ini senantiasa menumpukan untuk terus berkhidmat demi masyarakat.

No comments:

Post a Comment