20090301

01 - 03 - 2009

10.30 pm
Mesyuarat AMKNJ petang tadi hanya menampilkan 17 orang sahaja daripada 10 Bahagian. Sedangkan Johor memiliki 23 AMK Bahagian yang telah lengkap organisasinya. Adakah hal ini berpunca daripada Ketua AMK yang tidak berkelayakkan, atau terdapat masalah dalaman AMK Bahagian-bahagian lain terhadap ketua AMKNJ ?

Perkara ini mestilah diatasi segera. Jika tidak sampai bila pun tetap kucar-kacir. Belum memerintah dah kelam-kelibut, apatah lagi bila memerintah kelak. Buang kekeruhan dan kemelut peribadi. Bersatu membina kekuatan, Tumpukan matlamat perjuangan , menegur kiranya berlaku kesilapan, demi rakyat dan parti mesti jadikan keutamaan

Kita bukan Hang Jebat, Kita juga tidak menginginkan Hang Tuah, Si kitol mesti kita perangi, apatah lagi si bangsat mendaliar. Jadi dimanakah letaknya kita.

KEBIJAKSANAAN MENGATASI SEGALA-GALANYA..... Berjuang demi kemenangan rakyat

No comments:

Post a Comment