20090324

24 - 03 -2009

7.26 am

Tahniah keatas Datuk Seri Ir. Mohd Nizar yang dicalonkan bagi Parlimen Bukit Gantang.

Malam tadi saya dan Sdr. Hairi ( Timbalan Ketua Bahagian Kulai ) ketemu pegawai polis dari Bukit Aman (mengelarkan dirinya Tuan Azman ) dan seorang Inspektor dari Balai Polis Daerah Kulai. Mereka bersahaja dengan teknik psikologi menyokong dasar-garispanduan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengenai ekonomi negara dalam diskusi kami.
Amnya, saya tahu ianya adalah tipu-daya agen BN-Umno kerana pada masa yang sama, malam tadi ceramah DSAI di Kedah disembur gas pemedih mata. Dan semalam juga, akbar Suara Keadilan dan Harakah digantung permit pengedarannya selama tiga bulan. Pihak Polis Di Raja Malaysia diperkudakan dengan dasyat. BN-Umno pasti tewas.
Mereka juga merayu kepada saya agar tidak menyampaikan memorendum kepada Sultan Johor. Mungkin juga ada 'watikah' khas dari Datuk Seri Syed Hamid Albar atau Datuk Seri Abdul Ghani Othman agar memerendum tersebut tidak sampai ketangan Tuanku Sultan. Al maklumlah peristiwa tikam-menikam di pemilihan Ketua Umno Kota Tinggi, pesaingnya hanya tinggal disekitar Istana Bukit Serene.

No comments:

Post a Comment