20090310

10 - 03 - 2009

5.30 pm
BN-UMNO sudah rasa kejatuhannya di bumi Gemilang ini.
Pagi tadi mereka mengutus penjawat kerajaan yang mempunyai paku dibahu untuk menyoal-gertak Exco AMK Johor. Aduh... lagaknya macam tidak akan jumpa malaikat maut. Enak sungguh ugut kami yang kerdil ini.
Saya pada dasarnya tidak kaget, walaupun 'si-sipulan' agak gementar. Permainan ini sudah lali bagi penjawat 'berpaku dibahu' di seluruh Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.
Apalah jantannya mereka mengertak ahli politik dengan gari dan sel lokap. Penjenyah yang ternyata dokuman, terbukti angka dan merompak wang rakyat dibiarkan mondar-mandir.
Kepada pegawai berpaku dibahu , perlukah kami keluar dari PKR dan bersama-sama BN-UMNO merompak dan menipu rakyat ? Bila kamu pulang ke rumah nanti, dihadapan anak-isteri 'kamu' jawaplah persoalan ini dengan jelas kepada mereka. Kami izinkan mereka mendengar bagi pihak kami yang 'kamu' anggap kami perosak negara.

8.04 am
Hari ini satu laporan-memorendum kepada Suruhanjaya Pesuruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Johor jam 11.30 pagi. Kami mahu kes rasuah Datuk Seri Syed hamid Albar disiasat dengan adil dan kes sogokkan calun pada Pilihanraya Umum ke-11 terhadap calon PAS DUN Pasir Raja.
Diseru agar semua pendokong keadilan menyertainya. Semua bukti, fakta dan agen yang terlibat kami kemukakan dengan jelas, terang dan tepat.

No comments:

Post a Comment