Salam perjuangan.....
Pak Ngah lama menunggu saat seperti ini untuk dapat ngobrol dijalanan bersama tokoh hebat AMK johor. " kenal bukan bererti sudah memahami jiwa rohani seorang bakal pemimpin hebat abad 21.".
Banyak perkara yang terungkai dan tertunda dapat dibicara dan dibualkan di sepanjang perjalanan ke kuala lumpur amat terpegun bila buku sejarah melayu yang pernah saya baca semasa mengambil STPM dahulu dirungkai dengan lunak melalui sajian herba versi baru oleh DSAI. Pasti saudara zabidie akan mengupasnya dengan dailog dan lokasi baru. Sejarah melayu berulang lagi, kalau dulu di Melaka, kini sejarah melayu diteropong dari PUTRA JAYA. Siapakah pemegang watak "si kitol" dan "raja mandelar".
*
Salam Harapan Baru buat Pak Ngah dan semua.
Meneliti legenda dan mitos peradapan melayu , kelihatan kemusnahan Kerajaan Melayu Melaka hampir persamaan dengan bakal akan berlaku pada Kerajaan Melayu UMNO. Watak Si Kitol dan Raja Mandelar dalam BN-UMNO perkiraan saya terlalu ramai. Malah usah dilihat pada 'seberang sana', Si Kitol pun mungkin ' ada disini '. Lihat sahaja selepas PRU-12, terlalu ramai individu menagih jawatan . Katanya sejak 1998 beliau telah berjuang dan sering mendengar ceramah. Kita perhatikan sahaja nanti .
Teguran dan tamparan yang berkumandang di Hotel Quality itu terhadap 'deligasi Johor' amat sahdu. Barisan baru tidak patut menyalahkan barisan terdahulu, kerana kita berada di barisan terdahulu ketika itu.
*
1. Banyak bercakap tetapi tidak berkerja.
2. Banyak yang berkerja tetapi tiada hasil.
3. Berjawatan tetapi untuk glamour.
4. Berkerja tetapi tidak berpasukan.
5. Berkerja tetapi berharap jawatan tinggi.
*
Ada kemungkinan 'kita semua' adalah Si Kitol perosak. Muhasabah diri adalah yang terpuji.
No comments:
Post a Comment