Semalam saya bersama gerombolan belia di Kota Tinggi. Kami berdiskusi bagaimana kesatuan gerakkerja dan sepakat dalam organinasi.
Jelas, ilmu adalah tunjang bagi perolehi pendapatan yang memuaikan. Penelitian kertas cadangan harus diberi keutamaan setiap aktiviti perekonomian. Dan seterusnya bidang kuasa setiap individu pemimpin perlu diteraskan dengan ilmu dan pengalaman. Tindakan beremosi amnya memudaratkan hasil-kerja berkumpulan.
Walaupun Malaysia telah melahirkan ratusan ribu siswazah, namun ilmu yang diperolehi gagal mengekang krisis ekonomi internal. Malah amat mengecewakan bajet rangsangan terbaru tiada peruntukkan bagi membaikpulih sistem IPTA-IPTS sediaada. Penyediaan dan penghasilan ilmu dipandang enteng.
Terdapat ramai siswazah berkelulusan pertanian berkerja difirma bank atau yang tiada kaitan dengan kertas ijazahnya. Itulah malangnya dibawah tadbiran kerajaan BN-Umno. Bajet hanya menyelamatkan golongan 'mereka' bukannya rakyat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment