20090316

16 - 03 - 2009

6.35 pm
Rombongan kami seramai 6 orang pergi ke Bahagian Segamat, disambut kesungguhan oleh para pendukung disana.
Mereka menunggu sekitar 10 orang. Iltizam mereka amat menajubkan. Dalam masa terdekat mereka berjanji akan mengemukakan barisan baru bagi membaik-elok barisan sediaada. 'Cikgu Zul' yang tidak asing bagi PKR Johor menyatakan akan menggerakaktifkan barisan baru di Bahagian Segamat. Sementara Mr Ng Chee Yong bersetuju untuk memimpin barisan hadapan bagi Bahagian Sekijang.
Terdapat juga cadangan dari rakan-rakan berkaitan organisasi AMK Johor, terutama berkaitan tugas kerja dan perjawatan. Insyallah, padangan tersebut akan diambil perhatian. Dalam berjemaah tidak semua pandangan diterima dan ditolak.
Malam tersebut kami telah diundang oleh DAP Segamat menghadiri Majlis makan malam bersama YAB Lim Guan Eng. Kehadiran sungguh luar biasa. Semua meja habis, malah ramai yang sanggup datang berdiri, tidak kurang juga yang terpaksa mendengar dari luar saja.
YAB Lim memulakan pidato yang hebat dan seterusnya Cik Nah Budin dijemput menyampaikan ucapan bagi pihak PKR Johor. Mendapat tepukan dan sorakkan gemuruh sehingga ramai yang melontarkan ucapan tahniah kepada beliau. Turut berucap, Wakil Pas Segamat Sdr Firdaus, YB Dr Boo Cheng Hau, Mr Pang dan Sdr Ahmab Tun. Majlis tamat jam 11.30 malam

12.40 pm
Sekitar 5.00 petang nanti, saya dan beberapa rakan PPNJ akan mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Segamat. Wanita yang diwakili Cik Nah Budin dijangkakann menemui juga pergerakan wanita.

Pada sebelah malam kami dijemput oleh DAP Segamat bagi meraikan majlis mereka. Kami juga dijangkan akan beramah-mesra dengan PAS disana.
Saya dimaklumkan juga AMK Gelang Patah telah membatalkan program mereka pada 22/03/2009 atas masalah teknikal . Oleh kerana kelender YB Nik Nazmi masih kekal ke Johor pada tarikh tersebut. Sdr. Azam Basri akan memaklumkan lokasi baru kelak. Harap maklum.

10.44 am
Pasaran kerja agak terhad ketika ini. Bukan sahaja dikalangan lepas IPTA/S. Golongan professional juga kian terbabit dalam krisis ekonomi ini. Dijangka suku tahun ketiga dan seterusnya memperlihatkan tekanan yang tinggi diseluruh dunia.


Para ekonomis bimbang kejadian jenayah akan meningkat dengan pantas terutama jenayah kolar putih. Kerana jenayah ini lambat dikesan malah ada yang tidak terkesan. Gejola ini bagai tidak dapat dibendung lagi. Kejadia pecah rumah mungkin meningkat.
Apa yang sangat dibimbangkan penaikkan harga petrolium dunia sekali lagi. Kesannya pasti parah. Walaupun ianya boleh meruntuhkan kerajaan sediaada (BN). Padahnya sudah tentu kepada semua.

No comments:

Post a Comment