20090321

21 - 03 - 2009

2.18 pm

Saya kini masih berada di Pahang atas urusan peribadi.
Saya melihat sekilas membaca nama 'najis-najis' UMNO yang di istiharkan telah terbukti melakukan rasuah di internet. Khabarnya 4 najis tersebut terdiri dari ADUN dari Pahang. Saya kira, jika ADUN tersebut digantung keahlian dan mereka menjadi calon bebas. Senario politik akan banyak berubah. Lembaga Displin UMNO agak pelik kali ini . Mereka hanya tidak membenarkan bertanding, diberi amaran dan dilucut jawatan secara terpilih .
Mungkin juga kerana 'najis' terkemuka Malaysia bermukim di Pahang. Maka 'najis-najis' yang lain berasa selesa dan bermaharajalela. Saya tidak pelik jika pelaku terbukti rasuah untuk calon Ketua Pemuda Umno hanya diberi amaran. UMNO hanya membenarkan perasuah terhebat sahaja menjadi pemimpinnya. Bagi mereka hanya penjenayah sahaja boleh mentadbir Malaysia.
Ahli Parlimen Pengerang agak 'kepanasan' kini. Beliau adalah mangsa kambing hitam terkini bagi memujuk Tun Mahathir Mohamad menyertai UMNO semula. Tun Mahathir pula terpaksa bermain dengan media sekarang demi memenangkan anaknya. Jika anaknya kalah, bersepailah UMNO.
* Perkataan 'najis' dipinjam dari blog Kerajaan Rakyat.

8.06 am
Saya dihubungi oleh seorang 'paku dibahu' mengenai satu perhimpunan yang akan diadakan hari ini Di Kuala Lumpur. Perhimpunan itu dikatakan dianjurkan oleh NGO yang ditunjangi oleh NGO pro UMNO.

Saya menyeru semua anggota AMK Johor tidak terpedaya atau menyertai perhimpunan tersebut. Ia adalah agenda UMNO untuk mempolitikkan atas nama kesatuan melayu. Kesatuan melayu yang dilaungkan kerana mereka sedaya-upaya ingin menyelamatkan UMNO yang hampir pasti terpadam di peta politik Malaysia. UMNO adalah parti penjenayah.
Saya mendapat infomasi , penyokong PKR yang berbangsa india di Johor akan menyertai beramai-ramai ke Pilihanraya kecil di Bukit Selambau. Dijangka lebih 200 orang telah siapsiaga untuk membantu calon PKR disana.

No comments:

Post a Comment