Sejauh mana pihak berkuasa terutama 'pegawai paku dibahu' boleh diperalatkan bagi menjadi benteng BN-UMNO ? Lima dah rebah, lainnya makin goyah.
Staff Kementerian, Jabatan dan separa kerajaan banyak yang telah menafikan dengan terbuka tidak diperkudakan oleh BN-Umno lagi. Ugutan akan dipindahkan ke pantai timur atau Sabah-Sarawak jika tidak meyokong BN-Umno sudah tidak mampan. Realitinya terdapat penjawat awam menjadi petualang bangsa dengan gaji sedikit tetapi kehidupan mewah di jabatan kerajaan.
Saya meneliti paparan pengistiharan pendapatan para Exco kerajaan Pakatan Rakyat di laman web kerajaan Selangor. Jika mereka memperolehi RM17,000 sebulan, sudah tentu Exco sebelumnya juga memperolehi hampir sama. Exco BN-Umno yang lepas mempunyai kemewahan luarbiasa. Saya agak terganggu dengan angka-angka tersebut. Dibenak terfikir, mengapa segelitir pegawai kerajaan bersungguh-sungguh melindungi kerajaan BN-UMNO ?
Mungkin perkiraan mereka, wang pencen boleh digunakan untuk ke Mekah untuk taubat bersama-sama pimpinan BN-Umno bila sudah bersara. Allahulalmbisaw...
7.31 am
Ketika keyakinan rakyat kian meningkat pada PKR, BN-UMNO makin rebah dalam politik tanahair. Bukan desas-desus lagi pimpinan parti berlogokan keris itu ingin meyertai PKR, ianya akan berlaku tanpa kejutan.
Ketika keyakinan rakyat kian meningkat pada PKR, BN-UMNO makin rebah dalam politik tanahair. Bukan desas-desus lagi pimpinan parti berlogokan keris itu ingin meyertai PKR, ianya akan berlaku tanpa kejutan.
Pergeseran yang jelas diseluruh Malaysia dan pentadbiran songsang oleh BN-UMNO memperlihatkan Dewan Parlimen dan Putrajaya diisi dengan bergaya pada PRU-13. Graf kecapaian negeri-negeri yang di tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat memperlihatkan kenaikkan membanggakan. Malah pegawai-pegawai negeri sediaada memberi kerjasama menyeluruh.
Kerisauan saya bukan kejatuhan BN-UMNO, mereka sudah tiada moral. Saya lebih memfokuskan kesatuan belia dan ekonomi masyarakat keseluruhan agar berpadu tenaga meningkatkan taraf ekonomi bersepakat. Persatuan, Koperasi dan Syarikat jalinan usahasama perlu meningkatkan daya-kualiti . Pemasaran dan perakaunan perlu mengikut arah-arus semasa. Penelitian perlu pada ekonomi kerana ia lebih penting dari memikir-bicara BN-UMNO yang telah punahranah
No comments:
Post a Comment