02.28 pm
Saya bersama calon di Bukit Gantang dan rakan-rakan. Sdr. Azam di Bukit Selambau dan rakan-rakan AMK Johor. Sdr. Sahat dan AMK Pusat di Batang Air.
Ketiga-tiga tempat memerperlihatkan gabungan pelbagai parti pada satu matlamat iaitu dari rakyat untuk rakyat. Harapan Barisan Nasional bagai sudah terkubur hari ini. Jentera dan jabatan kerajaan dipergunakan dengan maksima tanpa rasa bersalah dihari penamaan calon hari ini.
Jawah Gerang dengan rasa terharu menyatakkan selama bersama Barisan Nasional, beliau tidak rasa sebegini sambutan penduduk tempatan. Kehadiran penyokong dari Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan lainnya menyebakkan dirinya. Calon bebas terkejut akan kehadiran kami dan terus mengistiharkan menyertai PKR dan secara terbuka merayu pengundi Batang Air memilih calon PKR.
Saya di Bukit gantang terasa diri begitu kerdil dengan lautan 'Harapan Baru'. Pergaduhan berlaku lagi, yang mengelikan hati ianya berlaku di antara BN-Umno. Agaknya merebut-rebut habuan Putrajaya. Di Bukit Selambau pula dikhabarkan penyokong BN dengan slogan ciplaknya``BN Untuk Semua`` bagai melancarkan 'visi langau'. Kami akan terus berkerja keras demi rakyat Malaysia. Ayuh gempur selagi hayat dikandung badan.
No comments:
Post a Comment