20090326

26 - 03 - 2009

2.20 pm


Sejak pagi saya mendapat banyak panggilan dan pesanan ringkas sms mengenai Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang ditahan oleh SPRM awal padi ini di Johor Bahru. Secara jujur saya maklumkan bahawa tidak mengetahui pekara tersebut.
Bagi saya ia adalah 'projek proganda' BN-Umno menjelang tiga pilihanraya kecil. Lihat sahaja dikaca television ketika ini. Persidangan Umno seperti berada di Zoo. Menjerit-melalak mengalahkan anak-anak sekolah. Pimpinan sendiri penjenayah dan penuh skandal, Pakatan Rakyat pula disalahkan.
Saya mengalu-alukan Ketua Pemuda Umno yang baru. Bagi saya, beliau adalah santapan paling enak untuk diratah. Dipersembahkan ' Twin Pirate of Malaysiaan' bagi Presiden dan Ketua Pemuda Umno.

7.41 am
Jika diteliti dalam peninggalan sejarah. Terdapat banyak catatan ataupun transkrip kehidupan terdahulu. Peninggalan tersebut menjadi rebutan, malah ada yang dinilaikan puluhan juta. Bagi mereka catatan kerja dan hasil-kerja adalah penting. Pelbagai bahasa dan corak catatan didapati kini.

Ia menggambarkan setiap gerak-kerja dan hasil-kerja pentingnya catatan kekal disimpan dengan teliti. Bukan sahaja untuk diperbaiki malah dijadikan kayu pengukur. Kegagalan kebiasaannya berlaku dari gerak-kerja tanpa pelan cadangan dan perbincangan teliti. Ianya sering berlaku dalam organisasi dan persatuan remaja. Kerap belaku ketua mengunakan kuasa veto keterlaluan tanpa berlandaskan fakta angka dan kesan jangka panjang.
Saya tidak membangga diri dengan anugerah-anugerah dan kecapaian lepas dalam kesatuan belia. Ia adalah piala bersama. Permuafakatan , penyediaan dan perlaksanaan kertas-kerja serta toleransi adalah penyumbang cemerlangnya setiap kerja berorganisasi .
Sikap ego dan kerap memprotes adalah individu yang lebih cenderung dalam kegagalan. Kebiasaannya individu ini tiada kecapaian yang boleh dibanggakan.

No comments:

Post a Comment