20110125

N5 : Kejayaan Cikgu Mala Kian Hampir

Sejak 22hb Januari 2011, iaitu hari percalonan Pilihanraya Kecil N5 DUN Tenang, media Barisan Nasional terutama UMNO dan MCA cuba melondehkan Cikgu Normala Sudirman dan Pakatan Rakyat.

Namun pengundi DUN Tenang semakin mesra dengan Cikgu Mala, calon Pakatan Rakyat tajaan PAS.

Segala aspek termasuk isu bersalaman dan calon wanita diserang tanpa berfikir . Ianya langsung tidak mampu mengalahkan ketokohan beliau sebagai seorang guru dan calon berwibawa.


Tegasan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub bahawa UMNO Labis telah berpaling arah dan membaikot calon BN ditangkis oleh calon UMNO itu sendiri.

Kenyataannya YB Salehuddin tiada penafian langsung dari seluruh Ahli Jawatankuasa UMNO Labis atau mana-mana UMNO Johor. Maka ianya telah berlaku.


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut oleh ejekkan juak Pemuda UMNO Felda Tenang pada malam 22hb Januari 2011.

Namun setelah dijelaskan, mereka termanggu-manggu diam. Jelas sekali selama ini mereka terperdaya dengan TV3 dan Utusan Malaysia.


'Gempur Tenang' dan 'Gempur Johor' berlangsung dengan sokongan pelbagai pimpinan Pakatan Rakyat dengan penuh bergaya di Tenang. Para pimpinan bagai 'Gayung Bersambut' menghuraikan satu persatu.

Agak malang Tan sri Muhyiddin Yassin sentiasa memberi amaran agar jentera BN jangan leka. Hakikatnya mereka dalam kepayahan dan dirundung kabur gerak-kerja.


Agak memilukan bagi Orang Asli apabila salah seorang Setiausaha Cawagan UMNO telah meninggal dunia semasa lawatan perdana menteri ke Tenang. Arwah disholatkan jenazahnya oleh ahli PKR dan PAS.

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan UMNO tempatan yang hadir dibersebelahan kampung arwah tersebut gagal hadir melawatnya.

Ia memberi cemuhan hebat dikalangan Orang Asli dan UMNO Cawangan tersebut juga ahli kelurga arwah.


Presiden ANAK, Srd. Mazlan Aliman dengan lantang mencabar pencacai FELDA agar berdiskusi secara langsung dengan peneroka. Namun tiada siapa berani termasuk pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.


Menyedihkan apabila anak Datuk Seri Chua Soi Lek yang mewakili bapanya yang bergelumang skandal ChuaPorn memainkan isu 'Sarung Tangan' Cikgu Mala. Isu peribadi yang tidak diterima langsung oleh pelbagai masyarakat dan pengundi.

Gempur Tenang kian mantap, pencatat merasa terpanggil untuk menyeru agar semua 'pakat turun ke Tenang' untuk membantu Cigku Mala.

2 comments:

  1. tahniah cikgu Mala,cikgu memang telah berjaya,memertabatkan 1 lagi ajaran islam yang indah,yang selama ini di lanyak2 walaupun kak Wan dah promosikan begitu lama tetapi,tidak dapat perhatian.Alhamdulillah,mudah2an persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram akan dapat di elakkan selepas ini, selepas yang islam melakukan atas dasar kepahaman dan yang non muslim berdasarkan hormatnya kat islam(saling menghormati).lepas ini tak susahlah saya nak terangkan kpd non muslim kenapa saya meletakkan tangan ke dada bila si perempuan menghulurkan tangan mereka esp. masa hariraya.buat choi soi lek janganlah emo kerana tak dapat merasa kehalusan jarijemari muslimah ya.

    ReplyDelete
  2. Inshaalah kemenangan akan memihak kepada cikgu Mala.. Kami yang jauh diutara terus mengikuti perkembangan semasa PRK DUN Tenang dengan iringan doa kemenangan.

    ReplyDelete