Pembaca teliti laporan Malaysiakini dibawah ini. Jika laporan ini benar, maka sahlah bahawa inilah kenyataan paling bodoh seorang Perdana Menteri.
Bagaimana pula dengan kes Datuk Seri Khir Toyo yang beliau luluskan untuk didakwa boleh berlaku sekarang sedangkan kes tersebut berlaku lebih 5 tahun lepas. Pembaca teliti artikel dibawah :
PM: Kenapa Baru Bangkit Kes 'Rogol Amah'?
http://www.malaysiakini.com/news/152736
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan sekarang.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
"Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soalnya.
"Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.
"Kita tak boleh hakimi dan kata sesuatu terhadap seseorang sebelum siasatan yang sepatutnya dijalankan," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais dalam satu kenyataan.
Katanya, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

No comments:
Post a Comment