7 Januari 2011
Laporan dibuat terhadap:-
Tuan Hj Markom bin Giran
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Muqaddimah
Tuan Hj Markom bin Giran adalah penjawat Awam, DG 54. Kini memangku Jusa C.
Peraturan 21, Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi & kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian dalam politik@memakai lambang parti politik secara khusus.
(a) Membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik,
(b) Menerbit, mengedar buku@risalah mengenai politik
(c) Merayu undi
(d) Bertindak sebagai agen pilihanraya@agen tempat mengundi
(e) Bertanding apa-apa jawatan
(f) Memegang apa-apa jawatan dalam parti
ADUAN
1. Berkempen untuk Barisan Nasional di PRK N.05 DUN Tenang,
2. Memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional,
3. Memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dalam PRK N.05 DUN Tenang,
4. Berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional.
Tindak tanduk Tuan Hj Markom adalah sangat melampau dan boleh dirujuk kepada tindakan tatatertib, surat tunjuk sebab dan ditahan kenaikan pangkat. Ia menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan contoh yang sangat buruk kepada lebih 30 ribu warga pendidik seluruh negeri Johor. Bukti-bukti pembabitan Tuan Hj Markom dilampirkan bersama.
Saya mohon laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan.
No comments:
Post a Comment