20110107

N5 : Suara 'Katak' Sudah Sampai Di Tenang

Kempen di Pilihanraya Kecil DUN N5 Tenang kian rancak. Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya melarang berkempen atas aturan BN-UMNO . Namun BN-UMNO turut bersama berkempen.

Semalam sahaja an Sri Isa Samad, Datuk Seri Ghani Othman dan beberapa pimpinan UMNO berada di pekan Labis. Tidak ketinggalan Polis agak membayangi mereka.

Anak-anak muda setiap hari berempit membawa bendera UMNO berkeliran di sekitar DUN Tenang.

Itu lumrah biasa di setiap pilihanraya kecil sejak tahun 1999. Yang lebih menarik terdengar dasas-desus juak tertentu memujuk, merayu dan cuba membeli pemimpin KEADILAN untuk keluar parti.

Ini merupakan cabaran terbesar yang bakal dihadapi oleh jentera Pakatan Rakyat terutama KEADILAN selain projek menipu rayat dengan ratusan juta.

Berita hangat dikhabarkan ada seorang Ahli Parlimen KEADILAN yang tewas pemilihan 2010 lepas dikatakan akan mengumumkan keluar parti sebelum hari pengundian atau semasa waktu berkempen kelak.

Tidak ketinggalan juga dikhabarnya beberapa Ketua Cabang yang tidak bersependapat dengan Datuk Chua Jui Meng juga dikatakkan akan bersama istihar keluar parti.

Berita jelik ini makin tersebar di Johor. Maka pencatat bersama rakan-rakan merasakan sesautu perlu dilaukan jika ia benar-benar berlaku.

Tersebar juga khabar angin pihak yang kecewa mungkin akan bertanding di N5 DUN Tenang nanti. Jika benar, ia mungkin cabaran makin bertambah dan lebih menarik.

Maka jika berlaku pertanding beberapa penjuru, ainya biasa berlaku. Jika ada 'kutu' ingin mengambil kesempatan untuk lompat. Ia perlu difikirkan secara teliti.

Terfikir juga pencatat dan rakan-rakan untuk memberikan 'Hadiah Istimewa' jika benar berlaku nanti.

Cara murahan parti lawan membeli pemimpin atau wakil rakyat amat keji dan jika dibiarkan maka menjadi budaya hitam politik tanahair.

Terpanggil pencatat untuk memikirkan tektik terbaru meyakinkan pengundi agar tidak terpedaya idea 'Beli & Menang' ini.

Sudah pasti Polis dan menteri dari juak parti lawan akan melindungi mereka jika ada yang istihar menyokong BN-UMNO.

No comments:

Post a Comment