20110130

N5 : Banjir Oh Banjir.... Hujan Oh Hujan...

Sekarang jam 3.12 petang, pencatat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat masih melaksanakan tugas walaupun hujan semakin lebat. Beberapa kampung banjir semakin dalam.

Pencatat diberitahu beberapa jalan telah terputus hubungan dan beberapa petugas telah ditenggelami air.

Pagi tadi semasa di Felda Chempelak Barat dihanggatkan oleh sorakkan rakan-rakan dan pemuda UMNO. Laungan " Jalanraya dibina oleh BN " dan pelbagai provokasi dibalas dengan selawat oleh kami.

Rakan-rakan yang berada diluar 'Tenang' tanpa henti bertanya tentang harapan Cigku Mala. Apa yang pencatat boleh katakan bahawa tidak mustahil kemenangan BN sekitar 1,000-3,000 undi.

Apa yang boleh jelaskan bahawa sejak beberapa hari disini. Kepenatan amat merumitkan segala pertanyaan tersebut.

Bagi pencatat, kalah atau menang bukan menjadi persoalan utama. Sudah pasti perancangan dan keputusan Allah menyebelahi meraka yang tulus memperjuangkan agamaNya.

No comments:

Post a Comment