20110111

Nurul Izzah ikon Asia, sebaris Aung San Suu Kyi

Gerbang berita Filipina, Inquirer.net, menyenaraikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sebagai antara personaliti Asia yang ‘membawa harapan baru untuk membentuk Asia menjadi tempat lebih baik’.

Nurul Izzah disenaraikan bersama pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaobo, pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, peninju serta ahli politik Filipina Manny Pacquiao, dan pasukan gusti wanita dari India.

Dalam laporannya, Inquirer menyifatkan Izzah sebagai pemimpin yang muda tetapi mempunyai agenda yang besar untuk masyarakat.

“Nurul Izzah-graduan ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dari Johns Hopkins University-dilihat anggota parti sebagai ahli politik yang serius dalam KEADILAN,” kata Inquirer.

Dalam laporan yang sama juga, Inquirer berkata selepas menang pemilihan Naib Presiden, Nurul Izzah kini berjaya keluar daripada imej sebagai anak Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Ahli parti) kini beranggapan Nurul Izzah satu personaliti yang tersendiri, bebas dari bayangan Anwar Ibrahim,” kata Inquirer.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, adalah salah seorang daripada empat Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu selepas menang dalam pemilihan parti November lalu. - KEADILAN DAILY

No comments:

Post a Comment