"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011" Itulah ucapan yang kerap kita dengar dari para pemimpin untuk menyedapkan hati rakyat. Suasana seronok berbentuk hiburan disajikan untuk anak-anak muda. Pembaziran pembakaran mercun disana sini. Konvoi-konvoi bermotor dan kereta diayak dimerata lokasi hiburan. Semata-mata untuk menzahirkan kemeriahan sambutan tahun baru 1maLAYsia.
.
Waktu yang sama, penderitaan rakyat, tangisan rakyat, kemiskinan rakyat dalam menyambut setiap awal tahun. Lelehan air mata dicagarkan sebagai bayaran yuran, duit buku, bayaran asrama, pakaian dan kelengkapan sekolah. Kedengaran disana sini, keluhan, rintihan... "Aku tak de duit, anak nak sekolah, tolonglah aku...".
.
Betapa tertekannya rakyat ketika ini. Kos sara hidup yang melambung. Kenaikan harga barang. Tanggungan hutang yang mendesak. Kenapa kerajaan tidak melihat ini sebagai satu kewajiban?. Malah kerajaan naikkan takrif air dan elektrik pula. Malang sungguh kita bernaung dibawah kerajaan yang tidak perihatin.
.
Selamat kembali kesekolah kepada anak-anak sekelian. Ketahuilah bahawa betapa sukarnya ibubapa kamu mencari duit untuk menyekolahkan kamu. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar boleh membela ibu dan bapa kamu kemudian nanti. Hargailah penderitaan mereka. Bila besar nanti, ingatlah bahawa kamu perlu menjatuhkan Kerajaan Umno/BN kerana angkara pemimpin inilah, kehidupan ibubapa kami amat tertekan.
.
Pencatat :
Ada ibubapa yang terpaksa mencari Ah Long untuk menjadi tuhan kedua membantu mereka.
.
No comments:
Post a Comment