Setelah berhempas pulas beberapa hari sejak hari penamaan calon sehingga catatan ini ditaip, semangat rakan-rakan masih membara untuk membantu Cigku Normala Sudirman.
Perang psikologi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Cikgu Mala bakal kalah teruk dengan majoriti 5,000 undi tidak sedikitpun menyerap dibenak rakan-rakan.
Malam tadi sahaja, program di Felda Cempelak Barat diganggu oleh pemuda UMNO dengan pelbagai aksi dan gangguan bising. Provokasi untuk menimbulkan pergaduhan, namun rakan-rakan atasinya dengan kewarasan.
Jelas sekali Polis dan SPR melindungi BN-UMNO dengan helah seperti di pilihanraya DI pilihanraya kecil lain.
Menyebut tentang menang-kalah Cikgu Mala. Pencatat ingin memberi pandangan peribadi. Ada rakan penganalisa berkata Cikgu Mala bakal menguasi 42% undi. Hari sebelumnya 32% sahaja.
Melihat pada perkembangan setakat ini, pencatat merasakan Cikgu Mala bakal menerima sekitar 40-45% undi keseluruhan jika yang turun mengundi esok sekitar 70-80% pengundi. Namun ianya hanya anggaran kasar.
Ada juga yang berkata, Cikgu Mala bakal memperolehi keputusan luar jangkaan iaitu 48-51% peratus. Malah ada yang berkata Cikgu Mala bakal menerima sekitar 35%.
Namun semuanya bakal diketahui esok, selepas 5.00 petang.
Pencatat mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang bersama bertungkus-lumus bersama-sama Cikgu Mala.
Setiap pertanding, kalah adat pertandingan. Kemenangan sudah pasti kepada salah satu calon. Pencatat pasti Cikgu Mala bersedia menerima hakikat antara salah satu keputusan itu.
Lagi segi moral, Cikgu Mala menang dengan bergaya. Malangnya BN menghantar calon tidak beretika kali ini.
No comments:
Post a Comment