Pilihanraya kecil DUN N5 Tenang semakin sampai dikemuncaknya. Namun sebelum itu debaran calon dimainkan oleh media tentang calon wanita.
Pencatat enggan mengulasnya kerana mereka 'diatas' lebih berhak menentukannya. Apa yang boleh pencatat beritahu bahawa pilihanraya kali ini berlain dengan pilihanraya kecil yang lepas.
Pertamanya, Barisan Nasional perlu menjawab persoalan utama sebelum berjanji palsu lagi. Isu FELDA akan menghuraikan segala seribu satu persoalan.
Sudah pasti pencatat bersama Srd Mazlan Aliman dan rakan-rakan ANAK menanti BAPAK, FELDA dan Tan Sri Isa Samad dengan tangan terbuka.
Kejahatan Isa Samad usah dibicarakan lagi. Rakyat keseluruhannya telah maklum pekara tersebut.
Isu hutang Kerajaan BN Johor bernilai ribuan juta ringgit perlu dipertanggungjawabkan sebelum Datuk Seri Ghani Othman menabur wang kepada pengundi.
Hutang negara melambaui batas dan cabaran debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak amat dinantikan.
Skandal sex dan rogol oleh Datuk Paduka Rais Yatim juga akan menyerikan lagi pilihanraya kali ini.
Kita juga akan lihat KIMMA, IPF, PPP, HINDRAF, MIC dan Makkkal Sakhti bertempur sesama sendiri untuk menjadi hero kaum India di BN. Masing-masing sibuk merebut kerusi dan pengaruh daripada Najib Razak.
Sementara ini apa yang boleh pencatat katakan sudah banyak 'edaran-edaran kertas' berbau propanganda dunggu yang dipercayai kerja-kerja UMNO.
Lantaran itu pencatat mengalukan semua penghianat bangsa ini menjawab semua cabaran tanpa bantuan Polis, KEMAS, Agensi Jabatan Kerajaan dan SPR untuk menunjukkan kejantanan sebenar.
Khas buat Najib Razak dan Ghani Othman pencatat ingin berkata, " Usaha bicara tentang perjuangan jika takut kalah".
Sampai bila mahu mengaku hero disebalik kuasa Polis, Mahkamah dan SPR untuk menyerang KEADILAN.
No comments:
Post a Comment