20110111

N5 : 35 orang Asal di DUN Tenang sertai KEADILAN

Sidiqin Omar |

TENANG: Muak dengan janji-janji kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), sekumpulan orang Asal dari Kampung Segamat Kecil, Tenang menyertai KEADILAN.

Seramai 35 orang menyerahkan 35 borang kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis makan malam bersama masyarakat Cina, di Restoran G & D di pekan Tenang, malam tadi.

Seorang wakil masyarakat orang Asal, Azhar Pek, 33, berkata kerajaan Johor mahupun kerajaan Persekutuan sentiasa mengabaikan kebajikan dan pembangunan di kawasan yang diduduki orang Asal dan hanya datang menghulur bantuan menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

Beliau yang berasal dari suku Jakun berkata, pelbagai masalah orang Asal belum diselesaikan sehingga kini, antaranya berkaitan pemilikan tanah adat.

“Semenjak merdeka sehingga ke hari ini, perkara berkenaan masih belum selesai. Rumah dan kampung yang kami duduki sekarang ini adalah dalam rizab JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli).

“Itu tak termasuk lagi hal-hal asas seperti jalan raya, bekalan air, dan talian elektrik.

“Janji hanya tinggal janji. Dari wakil rakyat yang dahulu hingga kini, apa yang dijanjikan waktu pilihanraya atau pun bukan (musim pilihanraya) tidak ditunaikan.

Azhar berkata, gelombang kebangkitan orang Asal di seluruh Semenanjung turut melanda Tenang, terutama golongan muda yang mulai sedar hak mereka dan muslihat Umno BN yang melengah-lengahkan kemajuan golongan orang Asal.

“Untuk DUN Tenang ini, akan ada lagi kemasukan ke dalam KEADUILAN. Kita tunggu masa sahaja,” jelas Azhar.

No comments:

Post a Comment